As Salam..
Ibu..Ibu..Engkaulah Ratu Hatiku..
Apa khabar semua??
Ibu.. Dialah wanita pertama yang kita kenal. Dia yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari dan dia yang bertarung nyawa melahirkan kita. Selepas kita dilahirkan, dia tidak tidur malam menjaga, membelai kita dengan penuh kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh.. Bila meningkat kealam kanak-kanak, kita akan mula nakal dan meminta pelbagai mainan dan ibu la yang akan berusaha dapatkan untuk kita dengan mengerah kudrat mencari duit. Pengorbanan dia tidak dapat anak-anak balas kerana jasanya terlalu besar untuk anak-anak. Jom kita ingat kembali ketika kita sakit kecik-kecik dahulu. Ibu la yang tidak tidur malam, beri ubat ikut masa, bawa jumpa doktor tidak kira siang atau malam dan tidak kira panas, hujan,ribut melanda diluar. Jika kita menginginkan sesuatu makanan yang dijual ditempat yang mahal harganya ibu akan cuba juga untuk penuhi impian kita. Jika dia tiada duit, dia akan berkata "Nak,jangan menangis,nanti hujung bulan ibu dapat gaji kita semua pergi makan kat sana ye". Kita penuh gembira mendengar dan terus berharap agar hujung bulan ibu akan bawa makan kesana. Kita tidak tahu ketika itu ibu kita sanggup buat overtime semata-mata ingin penuhi impian kita.
Bila kita masuk kealam persekolahan pula, ibu masih lagi menjalankan tanggungjawabnya dengan cuba melengkapkan segala keperluan persekolahan kita. Zaman sekarang semua sudah mahal, ibu la yang akan bekerja keras untuk melengkapkan segalanya. Masih ingat tidak?? Ketika kita dapat keputusan pertengahan tahun sekolah dahulu. Keputusan kita tidak berapa memuaskan. Ape ibu kita kat? "Nak,cuba lagi.masih ada masa.Hujung tahun ni buat yang terbaik.Ibu selalu doakan kejayaan anak-anak ibu". Besar sungguh kesabaran dan kelembutan ibu kita serta layanan dia pada kita. Selepas kita berjaya, kita beritahu ibu hendak sambung pelajaran ke peringkat universiti. Ibu yang semakin dimamah usia masih lagi bekerja untuk penuhi keperluan kita melanjutkan pelajaran. Setelah masuk ke alam universiti,Ibu berkata " Nak,belajar rajin-rajin dan ingat Allah,jangan lupa solat,jaga maruah diri dan keluarga. Nanti lepas habis belajar jadilah insan yang berguna pada agama,keluarga,bangsa dan negara."
Besar sungguh pengorbanan ibu kita. Sekarang aku sudah bekerja, Aku ingin berbakti dan membuatkan ibuku gembira sehingga dia mehembuskan nafanya yang terakhir. InsyaAllah..
Kepada semua pembaca yang masih mempunyai ibu, berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih hidup. Buatlah mereka tersenyum. Walaupun kita tidak mampu balas segala budi mereka tetapi sekurang-kurangnya kita mampu buat mereka merasa segala pengorbanan mereka pada kita tidak sia-sia.
Jika kita ada buat salah dan silap pada mereka, mohon la kemaafan dan restu dari ibu kita. Ingat..Syurga berada dibawah tapak kaki ibu. Terutama anak lelaki. Jangan guriskan hati ibu kita. Doa mereka adalah paling hampir dengan Allah untuk anak-anak. Sayangilah mereka selagi mereka masih ada. Masih belum terlambat. Jika mereka sudah tiada, sedekahkan doa dan Al-Fatihah selalu. Doa anak-anak dapat membantu ibu kita yang telah tiada. Kepada kaum Adam, Aku ingin mengingatkan diri aku sekali walaupun kita sudah berkahwin, tanggungjawab kita pada ibu bapa serta keluarga tidak akan putus sampai mereka meninggal.
Kepada ibu-ibu di seluruh dunia aku ucapkan..
SELAMAT HARI IBU