Wednesday, 18 December 2013
Senyum
Sometimes kita kene berlakon hapy & senyum kat mana sahaja..Tapi dalam hati hanya Allah je yang tahu.. Aku will try make u hapy slagi ade masa ni. Sekurang-kurangnya selama kami bersama die dan aku telah belajar banyak perkara tentang perhubungan. Sekiranya ini takdirnya, aku redha dan akan terus tersenyum untuk buat orang keliling aku hapy dan bahagia. Kerana itu adalah diri aku..
Dugaan
Salam semua..
Lame aku xupdate blog nie.Malam ni aku xth nk ckp kat sape..Aku sedih gak ble keadaan jd mcmni.bulan disember ni jd tahun ke-2 aku kene face situasi yang sama.klu last year aku kehilangan seseorang,this year pun aku mungkin kehilangan seseorang yang mampu curi hati aku. Aku tahu aku kuat untuk hadapi semua ini tp aku insan biasa yang still ade prasaan sedih. Aku bukan nak menafikan qada' & qadar yang Allah dah tentukan. Mungkin ia sume berpunca dari diri aku yang masih banyak lagi kekurangan. Selamani aku cuba xbuka hati aku utk girl lain lepas aku putus. Tapi aku xtahu mcmne hati ini boleh terbuka untuk terima dia dalam hidup aku. Tidak mengapalah..Mungkin ini semua takdir aku. Belum sampai jodoh aku. Aku doakan dia akan bahagia dunia dan akhirat walau dengan siapa pun. Aku kene kuat. Allah beri dugaan pada hamba-NYA yang mampu. Miss u..
Thursday, 18 April 2013
Cabut giGi
Salam..pe khabar semua??
Hari ni kerja aku macam biasa. Aku nak cite sikit kat korang sume. Petang tadi lepas aku abih keje, akak aku call minta aku ambik anak buah aku kat taska sebab nak terus ambik anak akak aku yang sulung kat sekolah. So tepat kul 5.20pm aku ambik anak buah aku kat taska and terus gi ambik akak aku kat opis die. Kite orang sampai sekolah on the time budak² sume baru keluar. So xperlu la nk tunggu lame². Sebenarnya ari ni nak bawak anak sulung akak aku ni gi cabut gigi. Kat Nilai nie xd klinik gigi yang buka til malam. So nak xnk kene la aku bawak gi Seremban.
Alang² dah balik Seremban aku pun singgah la umah mak. Sampai je umah mak aku pun dah pukul 7.30pm. Masuk² je terus mak suruh makan. Biasa la.. Mane ade ibu xsayang anak. Die tahu kami semua blum makan. So mak masak ayam goreng and tomyam(bli kat kedai). Walaupun simple je tapi nikmat makan kat umah mak lain sikit. Hehehe.. Aku macam biasa.. Makan bnyk. Maklum la.. Perut besar. Hahaha..
Pukul 9.00pm aku,akak and anak² die bertolak gi klinik gigi kat Seremban 2. Sampai² je klinik tu takde pesakit. So anak buah aku leh terus masuk. Die ade dua batang gigi yang perlu di cabut. Pertama kali aku dengar anak buah aku nangis cabut gigi kat cni. Sebelum nie pun ade cabut gigi kat cni.tp xd la die nangis. Aku tunggu kat luar dgn anak buah aku lagi sorang yang berumo 2 thn. Dalam 5min mereka masuk bilik rawatan, akak aku panggil aku suruh masuk sebab anak buah aku dah memberontak. So aku masuk and terus pegang anak buah aku supaya xbergerak. Aku dengan pembantu doktor masing² pegang kepala and tangan anak buah aku. Kelakar pun ade aku tgk.. Susah betul nak cabut gigi die nie. Sampai nak kene pegang². Akhirnya dapat gak cabut 2 batang gigi die nie. Lepas cabut xd pun die cakap sakit. Siap leh tunjuk 'good' agi. Isk2.. Macam² la perangai anak buah aku nie. Hehehe..
Lepas bayar semua kos perubatan kita orang pun gerak balik Nilai. Alhamdulillah semuanya selamat.

Friday, 8 March 2013
Thanks datang Bro
Assalamualaikum semua..
Ape khabar?? Hope semua sihat hendaknya.. Hari ini aku rasa bosan sangat. Keje berlambak. Mujur aku dapat siapkan semua sebelum due date. Aku baru balik dari melepak dengan kawan. Kawan aku ni macam tahu² jer aku tengah kebosanan kat umah. Dia call ajak gi minum kul 8.30pm tadi.. Sebenarnya aku pun tak tahu nak ajak dia lepak kat mana. Kite orang stop kat tepi jalan and bincang nak gi mana sebab aku nama jer duk Nilai tapi tak tahu mane port best nak lepak and borak².hehehe...
So kawan aku cadangkan kita gi main bowling.. Aku pun setuju jer la sebab aku pun dah lame giler tak gi main bowling. Last aku gi tempat bowling 2 tahun lepas tak salah aku.hehehe.. So tadi kite orang gi la main bowling kat Kompleks Sukan Airport Nilai. Aku pun 1st time datang tempat nie sejak bangunan nie siap walaupun aku mmg duk Nilai..hehehe.. Kite orang main 2 frame.. Alhamdulillah aku masih boleh bermain. Aku menang kedua-dua perlawanan..(bangga ckit) :p
Lepas abih main bowling kita orang gi lepak minum kat As-Salam kat Desa Cempaka Nilai.. Kita orang borak macam-macam. Dari soal kerja masing² sampai bab kereta. Dia luahkan kat aku yang dia ade berminat kat kawan aku sorang nie. Dia minta aku tolong adjust kan.. Aku pun tak tahu macam mana nak adjust kan sebab aku tak pandai bab² nie.huhuhu.. Aku cakap jer la aku tidak janji tapi aku leh tolong cuba la.. Dia pun faham and dia pun tidak berharap sangat. Kalau ade jodoh tak kemana Bro..
Anyway thanks sudi datang dari Puchong Bro.. Nanti ade masa datang la lagi.. Boleh sembang lama sikit..
Sampai disini dulu cite hari nie. Aku pun dah mengantuk. Jom tido.. Selamat malam semua..
Wassalam..
Wednesday, 20 February 2013
Malam Kenangan 2013
Assalamualaikum..
Selamat malam semua.. Tepat jam kul 8.32pm aku keboringan..hehehe.. Tiba² teringat aku dah lame tak update blog aku nie..
Aku nak cerita yang last Saturday night aku gi Konsert Anuar Zain 3 Dekat Muzik Cinta dan Sanubari. Malam yang dijanjikan disambut dengan hujan renyai-renyai. Aku sampai pun dah kul 8.30pm sebab jem nak cari parking. Sepatutnya konsert start kul 8.30pm. Tetapi kerana hujan semua, konsert bermula kul 9.00pm. Selamat aku dah tukar tiket awal² sebelum gi konsert tu. Korang sume mesti tahu kenapa perlu tukar tiket kan?? Konsert sepatutnya berlangsung di stadium Putra Bukit Jalil. Tetapi ade masalah yang tak dapat nak dielakkan mereka tukar ke stadium Melawati Shah Alam. Sebenarnya lagi seronok coz tiket aku beli makin dekat dengan stage. Alhamdulillah.. memang rezeki si dia..Tiket konsert nie memang khas aku beli untuk dia. Jom sambung balik pe yang berlaku kat dalam lak.
Konsert Anuar Zain start tepat kul 9.00pm. Lagu pertama yang dipersembah kan adalah lagu Ajari Aku..Klimaks lagu nie adalah kemunculan Nora Danish.. Semua orang bersorak ketika Nora Danish naik ke pentas. Dia memang cantik malam itu dengan gaun serba putih.. Suara Anuar Zain memamg maintain unik seperti dulu. Tiada penyanyi kat Malaysia ni mampu ikut suara dia. Antara lagu yang dipersembahkan malam itu adelah lagu Keabadian Cinta,Semua Untukmu,Lelaki Ini, Cinta Harus Memiliki feat Dina(oim) Adibah Noor. Sempurnakan Aku adalah video klip special yang kali pertama ditayangkan untuk tontonan penonton dalam konsert itu. Ia kesinambungan lagu Ajari Aku. Selain itu ade lagu Perpisahan ost cinta. Lagu Mungkin yang video klip die kartun, ade juga lagu² lama die seperti Kain Pelekat dan ade yang aku sendiri tak pernah dengar.hehehe.. Lagu penutup malam itu adalah lagu Sedetik Lebih.. Semua penonton menjerit request lagu itu. Dan Anuar Zain tidak menghampakan penonton malam itu dengan lagu Sedetik Lebih ost Merong Mahawangsa..Mejoriti yang datang malam tu peminat perempuan.VVIP yang datang Ellina(yang nyanyi lagu raya zaman mereka kecik² dulu), Emak,Ayah Anuar Zain serta kakak kesayangan die Ziana Zain..
Alhamdulillah si dia pun enjoy lagu² Anuar Zain.. Die cakap tak tahu napa die sudi nak gi konsert tu sebab die tak la terlalu suke Anuar Zain.. Hehehe.. Tidak mengapalah awak asalkan awak enjoy and hapy malam tu..
Ok lah sampai sini dulu ye.. Aku doakan Anuar Zain terus berjaya dimasa akan datang dalam kerjaya seni dia.. Gud nyte semua..
Tuesday, 19 February 2013
Need feed back
Assalamualaikum semua..
Pe khabar pembaca semua?? Lame dah aku tak update blog aku nie..xd masa la..aku buat blog nie pun suka² je..Anyway thanks la kepada sesiapa yang terbaca blog aku nie..klu korang sume ade pe² komen membina or nak kutuk pun just tulis je..InsyaAllah aku akan improve segala kekurangan aku.
Pe khabar pembaca semua?? Lame dah aku tak update blog aku nie..xd masa la..aku buat blog nie pun suka² je..Anyway thanks la kepada sesiapa yang terbaca blog aku nie..klu korang sume ade pe² komen membina or nak kutuk pun just tulis je..InsyaAllah aku akan improve segala kekurangan aku.
Saturday, 5 January 2013
Selamat Tahun baru 2013
Salam..
Selamat tahun baru 2013..
Ape khabar semua?? Maaf saya sudah lame tidak update.. Saya agak sibuk dengan bermacam-macam urusan.. Hari ini baru ade masa lapang cikit nak update..
Tahun 2012 telah meninggalkan kita.. Apa yang anda semua dapat?? Adakah segala target anda untuk tahun 2012 tercapai?? Saya harap semuanya berjalan lancar.. Jika masih ade yang kurang, tahun ini anda semua boleh la lengkapkan..
Tahun 2012 ramai rakan-rakan kita melangsungkan perkahwinan mereka.. Saya harap masih tidak terlambat saya nak wish Selamat Pengantin Baru..Semoga perkahwinan mereka kekal sampai syurga hendaknya..Ameen.. Tidak ketinggalan kepada mereka yang baru menghabiskan pengajian.. Tahun ini boleh la mereka mula mencari kerjaya atau jika mereka ingin sambung pelajaran saya sentiasa menyokong niat mereka semua.. Kepada mereka yang yang bercinta tahun lepas dan percintaan mereka terhenti ditengah jalan, anggaplah ia tiada jodoh.. Jadikan dugaan yang berlaku dalam tempoh itu sebagai pembakar semangat anda untuk terus bangun dan maju kehadapan.. Memang ia perit untuk ditelan, tetapi segalanya telah di tetapkan oleh YANG MAHA ESA.. Saya doakan anda semua sentiasa dalam perlindungan-NYA..Ameen..
Tahun 2013 baru masuk hari yang ke-5.. Ada kawan sekolah menengah saya telah mendirikan rumah tangga pada 1hb hari itu.. Saya doakan mereka akan kekal bahagia sampai syurga.. Syukur pada Allah pada tahun baru ini saya dapat contact kawan-kawan lama saya yang sudah lame terpisah.. Saya harap hubungan ini akan kekal sampai bila-bila..InsyaAllah...
Selalu kita dengar dimana-mana jika masuk tahun baru orang akan tanya apa azam tahun baru? So anda semua mesti dah ade azam tahun baru.. Ada yang berazam hendak beli kereta baru,rumah baru,motosikal baru,dan ade juga yang ingin mencari pekerjaan baru.. Ade tidak yang ingin tambah wife baru?? hehehe.. Apa pun azam anda semua tahun ini saya doakan ia akan tercapai seperti yang anda semua harapkan..
Tahun baru ini akan ada pelbagai dugaan dan cabaran.. Marilah kita sama-sama kuatkan diri dan bersedia untuk menghadapi pelbagai dugaan yang akan datang.. Kita cuba selesaikan dangan tenang dan resional.. InsyaAllah ada jalan..
Selalu kita dengar dimana-mana jika masuk tahun baru orang akan tanya apa azam tahun baru? So anda semua mesti dah ade azam tahun baru.. Ada yang berazam hendak beli kereta baru,rumah baru,motosikal baru,dan ade juga yang ingin mencari pekerjaan baru.. Ade tidak yang ingin tambah wife baru?? hehehe.. Apa pun azam anda semua tahun ini saya doakan ia akan tercapai seperti yang anda semua harapkan..
Tahun baru ini akan ada pelbagai dugaan dan cabaran.. Marilah kita sama-sama kuatkan diri dan bersedia untuk menghadapi pelbagai dugaan yang akan datang.. Kita cuba selesaikan dangan tenang dan resional.. InsyaAllah ada jalan..
Baiklah sampai disi sahaja dulu nukilan saya buat masa ini.. InsyaAllah panjang umur kita akan bertemu lagi..
Jaga diri anda semua.. Jenayah ade dimana-mana.. Berhati-hati ketika memandu..
Jaga diri anda semua.. Jenayah ade dimana-mana.. Berhati-hati ketika memandu..
Subscribe to:
Posts (Atom)
4 April 2018
Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Hope semua sihat bersama keluarga tercinta. Cukup sudah dua minggu dia tidak replay text aku. Nampak...
-
Assalamualikum.. Salam Jumaat.. Pe khabar semua? Hope semua dalam keadaan sihat hendak nyer. Hari ni agak stress dengan keadaa...
-
Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Hope semua sihat bersama keluarga tercinta. Cukup sudah dua minggu dia tidak replay text aku. Nampak...
-
A ssalamualaikum.. Pe Khabar semua?? Hope semua sihat bersama yang tersayang.. Esok genap la umur aku yang ke-31. Hahaha.. 3 series...