Assalamualikum..
Salam Jumaat..
Pe khabar semua? Hope semua dalam keadaan sihat hendak nyer.
Hari ni agak stress dengan keadaan sekeliling. Sometimes aku rasa down sangat. Aku tak nak sesiapa call or whatsapp aku. Kerna aku tahu jika aku reply semua massage² tu aku akan teremosi. Dunia ni kita tak pernah lari dari masalah. Iye aku tahu semua tu.
Entah ler. Aku cuba bertahan,bersabar dan usaha untuk perbaiki semua ni. Akan tetapi kadang-kadang aku lemah. Orang kata tak elok mengeluh dengan semua dugaan yang Allah berikan ini. Semua nyer ada hikmah. Semoga aku lebih kuat untuk aku hadapi semuanya
Aku kadang-kadang rasa kecewa dengan diri ini kerna tak mampu untuk bagi yang terbaik untuk mak ayah serta keluarga aku. Aku sanggat berharap agar aku sempat mebahagiakan mereka sebelum mereka pergi. Sehingga ke hari ini aku masih belum mencapai cita-cita dan impian aku.
Aku tak ingin menyusahkan mereka. Mereka telah banyak berjasa serta bekorban demi membesarkan aku. "Life must go on" bak kata orang puteh.
Kat sini tempat aku nak luahkan segala nyer. Aku tak ingin mereka tahu segala bebanan yang perlu aku tanggung. Cukup la sekadar mereka tengok aku happy dan ceria didepan mereka seperti tiada pe masalah. Itu sahaja aku mampu buat sekarang.
Baiklah sampai kat sini dulu nukilan kali ini. Sekurang-kurangnya aku rasa lebih tenang setelah meluahkan kat sini.
Jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment