Salam..
Selamat petang semua. Macam dah lama je tak post kat sini.
Hari Jumaat yang mulia ni ramai yang bergembira kerana ni hari last keje. Semua mesti tak sabar nak balik rumah dan kampung halaman. Berhati-hati dijalan raya.
Hari ini alhamdulillah masih ada job yang masuk. Just aku kurang gembira kerana masa terus berlalu. Hanya tinggal 35hari lagi sahaja harapan yang ada. Harapan aku just harapan. Tiada lagi layanan seperti dahulu dari dia. Entah la. Mungkin ini cara nya untuk tamatkan segalanya yang pernh kami mulakan. Aku faham dia tidak mahu sakit hati bila sampai waktunya kami terpaksa juga berpisah. Tidak mengapalah. Aku terima semua ini dengan hati terbuka. Aku doakan dia bahagia dengan pilihan keluarga dia. InsyaAllah u will coz restu family sangat penting. Family restu, Allah pn akan berkati kehidupan kita.
Sabarlah wahai hati. Dia layan begini kerana dia nak menjaga hatinya agar tidak terlalu kecewa nanti. Aku kene belajar fahaminya. Memang aku harap jika still anggap aku ni kawan, jangan beri layanan sebegini. Tetapi tidak mengapalah. Aku biarkan. Yang penting dia akan bahagia bila buat macamni.
Jika benar aku bukan untuknya, aku minta agar Allah permudahkan hubungan kami sebagai kawan. Ameen..
Salam maghrib semua.