Salam..selamat malam semua.
Malam ni agak suram kerana hari hujan.Tiada bintang diangkasa.Kisah kehidupan aku hari ni pun agak suram sesuram berita MH370 yang masih belum terima berita penemuan kotak hitam yang giat dicari.
Aku dapat berita yang agak sedih. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Saja aku luahkan disini. Harap pembaca semua tak kisah. Benar setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Setiap yang hidup pasti mati. Setiap yang berada diatas akan merasa berada dibawah. Mungkin ini takdirku. Allah telah aturkan semua yang terbaik untuk hamba-NYA. Walaupun hati ini sedih menerima berita perkabaran ni aku tetap kene kuat.
Aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuk kita. Aku tahu dia pun tertekan dengan berita yang tak disangka ini. Bulan 6 ini aku akan tahu keputusan sebenar. Aku harap aku akan sentiasa tabah. Memang tidak dunafikan aku sayang dia. Aku dan dia tidak sangka yang family dia boleh aturkan pertunang dia dengan guy yang dia tak minat. Alasan mereka juga aku tidak boleh terima. Bagi aku ia hanya alasan biasa. Tapi aku sedar yang jodoh pertemuan rahsia Allah. Aku juga percaya restu kedua ibu bapa itu sangat penting. Aku still ada masa untuk dapatkan restu mereka. Tapi jika itu memang Allah dah aturkan untuk kami,kami redha. InsyaAllah..
"YaAllah,jika dia terbaik untuk aku dan agamaku,Engkau permudahkan lah jodoh kami.dan jika tidak,Engkau jadikan lah kami tabah terima berita ini dan jadikan hati kami tenang serta jadikan kami sebagai kawan dunia akhirat.Ameen Ya Rabbalalamin".
Selamat malam semua. Semoga anda semua bahagia dan terus bahagia diluar sana.
No comments:
Post a Comment