Wednesday, 4 April 2018

4 April 2018

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Hope semua sihat bersama keluarga tercinta.

Cukup sudah dua minggu dia tidak replay text aku. Nampak nyer memang benar dia tidak berminat pada diri aku. Aku telah mencuba yang terbaik agar si dia memberi respond terbaik. 

Inilah yang dikatakan tiada jodoh. Mungkin hati ni tertarik tanpa sengaja. Dia hanya tempat persinggahan. Mungkin ada yang lain yang lebih baik sedang menanti dan mungkin juga ia sudah ada didepan mata tetapi aku tidak perasan.

Perancangan kita adalah yang terbaik kita rasa. Akan tetapi perancangan Allah swt adalah yang sebaik-baik perancangan. Teruskan melangkah. Jangan pernah berputus asa kerana Allah sentiasa ada dengan hamba-NYA. Ujian dan dugaan itu di beri agar kita sebagai hamba-NYA lebih mengingati DIA. DIA ingin kita sentiasa dekat dengan -NYA. Kerana Allah sayangkan semua hamba-NYA. Kita perlu bersyukur kerana Allah masih menguji diri kita. Itu tandanya Allah masih ingatkan kita sebagai hamba-NYA.

InsyaAllah..

Sama-sama lah kita berubah agar diri kita lebih baik..

Selamat Malam semua..


Sunday, 1 April 2018

1 April 2018

Assalamualaikum semua..

Apa khabar? Hope semua sihat..

First nak bagitahu team Manchester United menang malam ni.. GGMU..Hehehe..



Aku ada sesuatu bermain difikiran. Adakah benar jika kita ingin memberitahu or memberi nasihat didalam pesanan ringkas seperti Whatsapp,SMS dan seangkatan dengan nya ni selalu menjadi pergaduhan dan salah faham?? Kerna apa, coz ramai yang aku kenal suka share problem dengan kita. Kita cuba hendak membantu tetapi apakan daya. Semua ayat-ayat kita disalah tafsir. Semua blame kita balik. Kenapa la kita cuba sebaik mungkin,jaga ayat-ayat kita tetapi orang still salah faham. Kadang-kadang aku tertanya kenapa suka baca ayat-ayat itu dengan nada negative. Sedangkan ia nya jika dibaca dengan nada positive ia akan jadi sebagai peringatan dan nasihat.

Ia..Aku tahu memang semua yang kita harap tak akan jadi kenyataan. Samala macam kita hendak memberi nasihat.Tetapi ia nya disalah erti.  Kes kecik pun boleh jadi besar. Selalu jadi begini. Jika aku tidak respond setelah mereka luahkan kata nya kita tidak support dan tidak mahu dengar masalah mereka. Akan tetapi bila kita respond, mereka kata kita ni tidak support cara mereka dan salahkan mereka pula. Aku tidak salahkan meraka 100%. Aku hanya bagi pandangan. Jika ianya salah dan tidak boleh diterima,just lupekan. Tidak perlu ikut pun dan perbesarkan hal itu. Tiada paksaan dari aku. Aku hanya ingin membantu.

Aku memang mudah orang ingin berkongsi masalah. Akan tetapi aku lebih suka becakap depan-depan or dalam call. Bukan dalam pesanan ringkas. Coz bagi aku,ia akan selalu mencetuskan pergaduhan dan salah faham. Itu apa yang aku nampak dari permehatian aku selama ini.


So kesimpulannya..

Jika ingin berkongsi masalah, 1st share masalah itu habis-habis agar si pendengar tidak salah faham. Yang ke-2, Call or berjumpa depan-depan jika ingin bercerita. Takot nanti orang salah faham dan menjadi pergaduhan baru lak.


Selamat malam semua..

4 April 2018

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Hope semua sihat bersama keluarga tercinta. Cukup sudah dua minggu dia tidak replay text aku. Nampak...