Wednesday, 4 April 2018

4 April 2018

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Hope semua sihat bersama keluarga tercinta.

Cukup sudah dua minggu dia tidak replay text aku. Nampak nyer memang benar dia tidak berminat pada diri aku. Aku telah mencuba yang terbaik agar si dia memberi respond terbaik. 

Inilah yang dikatakan tiada jodoh. Mungkin hati ni tertarik tanpa sengaja. Dia hanya tempat persinggahan. Mungkin ada yang lain yang lebih baik sedang menanti dan mungkin juga ia sudah ada didepan mata tetapi aku tidak perasan.

Perancangan kita adalah yang terbaik kita rasa. Akan tetapi perancangan Allah swt adalah yang sebaik-baik perancangan. Teruskan melangkah. Jangan pernah berputus asa kerana Allah sentiasa ada dengan hamba-NYA. Ujian dan dugaan itu di beri agar kita sebagai hamba-NYA lebih mengingati DIA. DIA ingin kita sentiasa dekat dengan -NYA. Kerana Allah sayangkan semua hamba-NYA. Kita perlu bersyukur kerana Allah masih menguji diri kita. Itu tandanya Allah masih ingatkan kita sebagai hamba-NYA.

InsyaAllah..

Sama-sama lah kita berubah agar diri kita lebih baik..

Selamat Malam semua..


No comments:

Post a Comment

4 April 2018

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Hope semua sihat bersama keluarga tercinta. Cukup sudah dua minggu dia tidak replay text aku. Nampak...