Monday, 19 March 2018

19 Mac 2018 (Kisah Dongeng)

Assalamualaikum..

Pe Khabar semua?? Hope semua sihat bersama yang tersayang..

Esok genap la umur aku yang ke-31. Hahaha.. 3 series.. Sekejap je rasa.. Tapi diri ni rasa seperti masih 25tahun.. hehehe..

Aku tak tahu la kenapa lately  ni aku rasa lain sedikit. Aku seperti mula menyukai seseorang. Aku cuba gak elak dari perasaan tu muncul. Entah la.. Tetiba sahaja aku rasa begini.. Akan tetapi si dia tu tak tahu pun kerana die jauh dari sini. Pernah satu ketika dahulu aku meminati dia. Akan tetapi ketika itu aku ignore je perasaan tu coz masing-masing masih muda dan si dia tak pandang aku pun. Now aku mula contact si dia ni. Akan tetapi aku masih tidak tahu apa status die kat sana. Apakah type yang dia suka dan adakah die sudah ada someone special or sudah dimiliki. Aku cuba kawal diri ini agar tidak berharap kerana aku tahu si dia ni tidak pandang lelaki seperti aku. Tetapi tak salah kan aku mencuba. Orang tua kata "untung sabut timbul untung batu tenggelam".

Now pe yang perlu aku buat just perlu stay contact die seperti kawan-kawan lain dan jangan tunjuk sangat minat aku pada si dia. Takot gak dikecewakan. Iye la kan.. Sudah lama aku tidak buka hati ini untuk orang lain. Sebenarnya aku sangat banyak berfikir tentang kemungkinan.. Aku ni complicated sangat fikir kot.. Aku risau jika si dia terima aku, dia tidak mampu terima keluarga aku, kehidupan aku.  Tidak mengapalah.. Jika si dia benar adalah jodoh aku yang selama ini aku cari dan tunggu, InsyaAllah si dia akan terima aku sekeluarga dan kehidupan aku seadanya susah or senang.

Hahaha.. kelakar lak bila difikirkan.. Padahal semua ini baru sahaja ingin bermula. Akan tetapi aku sudah fikir terlalu advance.. Sekali dapat message dari si dia nanti kata sudah berpunya or milik orang lain. Buat malu je kan.. Haish.. Mien Mien.. Banyak sangat ko berfikir ni. Serah kan la semua pada takdir Allah swt. Jangan terlalu over nanti makan diri. Now just doa dan usaha serta tawakal pada Allah swt.. InsyaAllah akan dipermudahkan..

Baik la.. Sampai disi sahaja dahulu. Kita bertemu lagi nanti..

Selamat malam..

Walaupun berlainan negara, kita still bernafas pada udara yang sama..





Friday, 16 March 2018

16 Mac 2018

Assalamualikum..

Salam Jumaat..

Pe khabar semua? Hope semua dalam keadaan sihat hendak nyer. 

Hari ni agak stress dengan keadaan sekeliling. Sometimes aku rasa down sangat. Aku tak nak sesiapa call or whatsapp aku. Kerna aku tahu jika aku reply semua massage² tu aku akan teremosi. Dunia ni kita tak pernah lari dari masalah. Iye aku tahu semua tu. 

Entah ler. Aku cuba bertahan,bersabar dan usaha untuk perbaiki semua ni. Akan tetapi kadang-kadang aku lemah. Orang kata tak elok mengeluh dengan semua dugaan yang Allah berikan ini. Semua nyer ada hikmah. Semoga aku lebih kuat untuk aku hadapi semuanya

Aku kadang-kadang rasa kecewa dengan diri ini kerna tak mampu untuk bagi yang terbaik untuk mak ayah serta keluarga aku. Aku sanggat berharap agar aku sempat mebahagiakan mereka sebelum mereka pergi. Sehingga ke hari ini aku masih belum mencapai cita-cita dan impian aku.

Aku tak ingin menyusahkan mereka. Mereka telah banyak berjasa serta bekorban demi membesarkan aku. "Life must go on" bak kata orang puteh. 

Kat sini tempat aku nak luahkan segala nyer. Aku tak ingin mereka tahu segala bebanan yang perlu aku tanggung. Cukup la sekadar mereka tengok aku happy dan ceria didepan mereka seperti tiada pe masalah. Itu sahaja aku mampu buat sekarang. 

Baiklah sampai kat sini dulu nukilan kali ini. Sekurang-kurangnya aku rasa lebih tenang setelah meluahkan kat sini.

Jumpa lagi..


Thursday, 15 March 2018

Lama Tak Update

Assalamualaikum..

Pe khabar semua? Lama aku tak menulis dalam ni. Alahamdulillah still aku tak lupa password.. Sekarang sudah tahun 2018 dan aku masih bernafas di dunia ini. Syukur Allah masih memberi peluang untuk aku berubah dan mencapai segala cita-cita aku.

Tahun ni dh 3 series. Kalau pi kenduri orang kawin tu dah semesti nyer orang akan bertanya ayat yang sama.. "Bila nak kawin?" hahaha.. Soalan dh biasa dengar. Jawapan aku still sama. InysaAllah ade je jodoh dan calon yang sesuai tepat pada masanya aku akan kawin..

Kawan-kawan ade gak tanye. "Ko takda rasa sunyi ke?" Haishk.. Kenapa perlu rasa sunyi. Kita masih ada Allah,mak ayah,adik beradik dan banyak lagi tanggungjawab yang perlu diselesaikan.

Sometimes ada la gak rasa macam happy je lihat kawan-kawan yang dah kawin post pic dgn anak-anak dan family. Tapi itu sekejap je la. Takda la nak feeling² sampi nak emosi.hahaha..

Aku suka melihat orang keliling aku bahagia. Memang aku jenis macam itu. Aku suke memerhatikan gelagat orang disekeliling. Dari situ aku boleh belajar tentang kehidupan. Ada yang benar-benar bahagia. Ada yang buat-buat bahagaia hanya kerana nak tunjukkan dalam alam maya meraka keluarga bahagia. Nama pun manusia kan. Macam-macam ragam. Aku seronok melihat ragam-ragam manusia ni. Memang kadang-kadang tu ada yang menyakitkan hati. Tapi itu mengajar kita untuk jadi lebih penyabar dan lebih matang untuk mengambil tindakan.

Sebenarnya banyak lagi ingin aku tulis. Nanti aku sambung. Lame tak update kan. So ada macam-macam hal yang telah berlaku. Jumpa lagi next coretan..

Yuri Mien™ 😊😊😏 

4 April 2018

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Hope semua sihat bersama keluarga tercinta. Cukup sudah dua minggu dia tidak replay text aku. Nampak...