Monday, 19 March 2018

19 Mac 2018 (Kisah Dongeng)

Assalamualaikum..

Pe Khabar semua?? Hope semua sihat bersama yang tersayang..

Esok genap la umur aku yang ke-31. Hahaha.. 3 series.. Sekejap je rasa.. Tapi diri ni rasa seperti masih 25tahun.. hehehe..

Aku tak tahu la kenapa lately  ni aku rasa lain sedikit. Aku seperti mula menyukai seseorang. Aku cuba gak elak dari perasaan tu muncul. Entah la.. Tetiba sahaja aku rasa begini.. Akan tetapi si dia tu tak tahu pun kerana die jauh dari sini. Pernah satu ketika dahulu aku meminati dia. Akan tetapi ketika itu aku ignore je perasaan tu coz masing-masing masih muda dan si dia tak pandang aku pun. Now aku mula contact si dia ni. Akan tetapi aku masih tidak tahu apa status die kat sana. Apakah type yang dia suka dan adakah die sudah ada someone special or sudah dimiliki. Aku cuba kawal diri ini agar tidak berharap kerana aku tahu si dia ni tidak pandang lelaki seperti aku. Tetapi tak salah kan aku mencuba. Orang tua kata "untung sabut timbul untung batu tenggelam".

Now pe yang perlu aku buat just perlu stay contact die seperti kawan-kawan lain dan jangan tunjuk sangat minat aku pada si dia. Takot gak dikecewakan. Iye la kan.. Sudah lama aku tidak buka hati ini untuk orang lain. Sebenarnya aku sangat banyak berfikir tentang kemungkinan.. Aku ni complicated sangat fikir kot.. Aku risau jika si dia terima aku, dia tidak mampu terima keluarga aku, kehidupan aku.  Tidak mengapalah.. Jika si dia benar adalah jodoh aku yang selama ini aku cari dan tunggu, InsyaAllah si dia akan terima aku sekeluarga dan kehidupan aku seadanya susah or senang.

Hahaha.. kelakar lak bila difikirkan.. Padahal semua ini baru sahaja ingin bermula. Akan tetapi aku sudah fikir terlalu advance.. Sekali dapat message dari si dia nanti kata sudah berpunya or milik orang lain. Buat malu je kan.. Haish.. Mien Mien.. Banyak sangat ko berfikir ni. Serah kan la semua pada takdir Allah swt. Jangan terlalu over nanti makan diri. Now just doa dan usaha serta tawakal pada Allah swt.. InsyaAllah akan dipermudahkan..

Baik la.. Sampai disi sahaja dahulu. Kita bertemu lagi nanti..

Selamat malam..

Walaupun berlainan negara, kita still bernafas pada udara yang sama..





No comments:

Post a Comment

4 April 2018

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Hope semua sihat bersama keluarga tercinta. Cukup sudah dua minggu dia tidak replay text aku. Nampak...