Assalamualaikum semua..
Apa khabar? Hope semua sihat..
First nak bagitahu team Manchester United menang malam ni.. GGMU..Hehehe..
Aku ada sesuatu bermain difikiran. Adakah benar jika kita ingin memberitahu or memberi nasihat didalam pesanan ringkas seperti Whatsapp,SMS dan seangkatan dengan nya ni selalu menjadi pergaduhan dan salah faham?? Kerna apa, coz ramai yang aku kenal suka share problem dengan kita. Kita cuba hendak membantu tetapi apakan daya. Semua ayat-ayat kita disalah tafsir. Semua blame kita balik. Kenapa la kita cuba sebaik mungkin,jaga ayat-ayat kita tetapi orang still salah faham. Kadang-kadang aku tertanya kenapa suka baca ayat-ayat itu dengan nada negative. Sedangkan ia nya jika dibaca dengan nada positive ia akan jadi sebagai peringatan dan nasihat.
Ia..Aku tahu memang semua yang kita harap tak akan jadi kenyataan. Samala macam kita hendak memberi nasihat.Tetapi ia nya disalah erti. Kes kecik pun boleh jadi besar. Selalu jadi begini. Jika aku tidak respond setelah mereka luahkan kata nya kita tidak support dan tidak mahu dengar masalah mereka. Akan tetapi bila kita respond, mereka kata kita ni tidak support cara mereka dan salahkan mereka pula. Aku tidak salahkan meraka 100%. Aku hanya bagi pandangan. Jika ianya salah dan tidak boleh diterima,just lupekan. Tidak perlu ikut pun dan perbesarkan hal itu. Tiada paksaan dari aku. Aku hanya ingin membantu.
Aku memang mudah orang ingin berkongsi masalah. Akan tetapi aku lebih suka becakap depan-depan or dalam call. Bukan dalam pesanan ringkas. Coz bagi aku,ia akan selalu mencetuskan pergaduhan dan salah faham. Itu apa yang aku nampak dari permehatian aku selama ini.
So kesimpulannya..
Jika ingin berkongsi masalah, 1st share masalah itu habis-habis agar si pendengar tidak salah faham. Yang ke-2, Call or berjumpa depan-depan jika ingin bercerita. Takot nanti orang salah faham dan menjadi pergaduhan baru lak.
Selamat malam semua..
No comments:
Post a Comment