Saturday, 15 March 2014

15 March 2014



Salam..

Hari ini aku keluar makan bersama ayah,kangah dan anak-anak buahku di Aunty Aini's. Walaupun aku dapat tengok semua ahli keluarga aku gembira tetapi hati ini tidak segembira yang aku tunjukkan. Hanya Allah yang tahu ape yang ada dalam hatiku. Aku rasa hubungan kami tidak mampu diteruskan lagi. Aku mungkin perlu korbankan cintaku demi kebahagiaan dia. Bagi aku restu family lebih penting. 

Wahai AS, aku harap pengorbanan yang aku buat ini mampu membuat diri mu bahagia dan mendapat restu keluarga. Carilah orang yang dekat atau orang senegeri dengan kamu agar keluarga kamu mudah memberi restu.. Aku redha dengan ketentuan illahi.

Ini juga mungkin kerana kekurangan diriku.. Aku tidak mempunyai kerja tetap yang mampu membuat kamu boleh memberitahu keluarga kamu dan yakinkan mereka tentang diriku. Sudah lama aku fikirkan tentang ini. Tidak aku sangka ia akan menjadi titik tolak dan menjadi punca hubungan kita akan putus. Sabarlah wahai hati.. Cinta tidak mampu memberi kebahagiaan. Restu dari keluarga lebih penting. Ia akan menjamin kebahagiaan anak-anak. 

Inilah pertama kali aku menghadapi situasi keluarga pihak perempuan tidak memberi restu. Walaupun tidak sampai 1 tahun aku bersamanya, tetapi banyak dugaan,pengalaman dan pahit manis kami kongsi bersama. Pergilah wahai kekasih hatiku. Aku tidak mahu menambahkan lagi tekanan dalam hidupmu. Kita tersepit antara keluarga dan cinta. Aku sedia undur diri. Pilihlah keluargamu. Aku akan terus mendoakan kebahagiaan serta kejayaan kamu dimasa hadapan.. Aku hanya insan biasa. Tidak lari dari membuat kesilapan. Semoga Allah permudahkan pembelajaran kamu dan berjaya didunia dan diakhirat. 

Maafkan aku AS..


Thursday, 13 March 2014

Hari ini

Salam

Selamat tengah hari dan selamat menjamu selera semua.. Cuaca di luar agak berjerebu dan mendung sama seperti keadaan aku hari ini. Agak tidak bersemangat untuk bekerja. Pe yang berlaku ni??

Dari semalam aku berfikir tentang pesanan ringkas (SMS) yang aku terima dari dia. Apakah yang berlaku sebenarnya?? Lately ni dia tidak seperti yang aku kenal sebelum ini. Adalah ini sebab kekurangan diri ku?? Sabar dan bertenang lah wahai hati. Allah tahu apa yang kau rasa. Aku tidak menyalahkan dia jika ade sesuatu yang kurang enak hendak diberitahu pada diriku. Aku sedia berbincang dan mendengar. InsyaAllah jika ia masih mampu diselamatkan aku akan cuba sebaik mungkin. Jika tidak, aku akan redah menerima ketentuan dari-NYA.

Aku masih keliru sekarang kerana tadi bila aku call dia,suara dia ceria. Aku memang akan lembut hati bila mendengar suara dia. Aku akan rasa tenang bila bersama dia. Adakah ini dinamakan cinta? 

Tidak mengapalah.. Kita tunggu sahaja bila sampai waktunya dia akan bagitahu segalanya. Wahai hati,tolong lah kuat dan tabah jika ia tidak baik untuk diri ini. Ingat..Allah ade bersama tidak kira dimana kita berada dan jangan lupakan DIA..


Tuesday, 11 March 2014

Kuatkan Hati dan Emosi

Salam..

Hope semua dalam keadaan sihat sentiasa.. Mari kita sama-sama doakan agar semua penumpang dan krew MH370 berada dalam keadaan selamat. Moga semua waris tabah menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Malam ni pun mood aku tak berapa nak ok. Keadaan diluar teruk berjerebu. Aku kene perbanyakkan lagi sabar. Sabar itu separuh daripada Iman.. Kadang-kadang rasa tak tahan tapi aku kene kuat juga. Think positif.. InsyaAllah suatu hari nanti akan ade hikmahnya.. Gud luck.. Aku sentiasa doakan yang terbaik.. May Allah bless us. Ameen..


4 April 2018

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Hope semua sihat bersama keluarga tercinta. Cukup sudah dua minggu dia tidak replay text aku. Nampak...