Saturday, 15 March 2014

15 March 2014



Salam..

Hari ini aku keluar makan bersama ayah,kangah dan anak-anak buahku di Aunty Aini's. Walaupun aku dapat tengok semua ahli keluarga aku gembira tetapi hati ini tidak segembira yang aku tunjukkan. Hanya Allah yang tahu ape yang ada dalam hatiku. Aku rasa hubungan kami tidak mampu diteruskan lagi. Aku mungkin perlu korbankan cintaku demi kebahagiaan dia. Bagi aku restu family lebih penting. 

Wahai AS, aku harap pengorbanan yang aku buat ini mampu membuat diri mu bahagia dan mendapat restu keluarga. Carilah orang yang dekat atau orang senegeri dengan kamu agar keluarga kamu mudah memberi restu.. Aku redha dengan ketentuan illahi.

Ini juga mungkin kerana kekurangan diriku.. Aku tidak mempunyai kerja tetap yang mampu membuat kamu boleh memberitahu keluarga kamu dan yakinkan mereka tentang diriku. Sudah lama aku fikirkan tentang ini. Tidak aku sangka ia akan menjadi titik tolak dan menjadi punca hubungan kita akan putus. Sabarlah wahai hati.. Cinta tidak mampu memberi kebahagiaan. Restu dari keluarga lebih penting. Ia akan menjamin kebahagiaan anak-anak. 

Inilah pertama kali aku menghadapi situasi keluarga pihak perempuan tidak memberi restu. Walaupun tidak sampai 1 tahun aku bersamanya, tetapi banyak dugaan,pengalaman dan pahit manis kami kongsi bersama. Pergilah wahai kekasih hatiku. Aku tidak mahu menambahkan lagi tekanan dalam hidupmu. Kita tersepit antara keluarga dan cinta. Aku sedia undur diri. Pilihlah keluargamu. Aku akan terus mendoakan kebahagiaan serta kejayaan kamu dimasa hadapan.. Aku hanya insan biasa. Tidak lari dari membuat kesilapan. Semoga Allah permudahkan pembelajaran kamu dan berjaya didunia dan diakhirat. 

Maafkan aku AS..


No comments:

Post a Comment

4 April 2018

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Hope semua sihat bersama keluarga tercinta. Cukup sudah dua minggu dia tidak replay text aku. Nampak...