Thursday, 13 March 2014

Hari ini

Salam

Selamat tengah hari dan selamat menjamu selera semua.. Cuaca di luar agak berjerebu dan mendung sama seperti keadaan aku hari ini. Agak tidak bersemangat untuk bekerja. Pe yang berlaku ni??

Dari semalam aku berfikir tentang pesanan ringkas (SMS) yang aku terima dari dia. Apakah yang berlaku sebenarnya?? Lately ni dia tidak seperti yang aku kenal sebelum ini. Adalah ini sebab kekurangan diri ku?? Sabar dan bertenang lah wahai hati. Allah tahu apa yang kau rasa. Aku tidak menyalahkan dia jika ade sesuatu yang kurang enak hendak diberitahu pada diriku. Aku sedia berbincang dan mendengar. InsyaAllah jika ia masih mampu diselamatkan aku akan cuba sebaik mungkin. Jika tidak, aku akan redah menerima ketentuan dari-NYA.

Aku masih keliru sekarang kerana tadi bila aku call dia,suara dia ceria. Aku memang akan lembut hati bila mendengar suara dia. Aku akan rasa tenang bila bersama dia. Adakah ini dinamakan cinta? 

Tidak mengapalah.. Kita tunggu sahaja bila sampai waktunya dia akan bagitahu segalanya. Wahai hati,tolong lah kuat dan tabah jika ia tidak baik untuk diri ini. Ingat..Allah ade bersama tidak kira dimana kita berada dan jangan lupakan DIA..


No comments:

Post a Comment

4 April 2018

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Hope semua sihat bersama keluarga tercinta. Cukup sudah dua minggu dia tidak replay text aku. Nampak...