Assalamualaikum..
Selamat malam semua.. Tepat jam kul 8.32pm aku keboringan..hehehe.. Tiba² teringat aku dah lame tak update blog aku nie..
Aku nak cerita yang last Saturday night aku gi Konsert Anuar Zain 3 Dekat Muzik Cinta dan Sanubari. Malam yang dijanjikan disambut dengan hujan renyai-renyai. Aku sampai pun dah kul 8.30pm sebab jem nak cari parking. Sepatutnya konsert start kul 8.30pm. Tetapi kerana hujan semua, konsert bermula kul 9.00pm. Selamat aku dah tukar tiket awal² sebelum gi konsert tu. Korang sume mesti tahu kenapa perlu tukar tiket kan?? Konsert sepatutnya berlangsung di stadium Putra Bukit Jalil. Tetapi ade masalah yang tak dapat nak dielakkan mereka tukar ke stadium Melawati Shah Alam. Sebenarnya lagi seronok coz tiket aku beli makin dekat dengan stage. Alhamdulillah.. memang rezeki si dia..Tiket konsert nie memang khas aku beli untuk dia. Jom sambung balik pe yang berlaku kat dalam lak.
Konsert Anuar Zain start tepat kul 9.00pm. Lagu pertama yang dipersembah kan adalah lagu Ajari Aku..Klimaks lagu nie adalah kemunculan Nora Danish.. Semua orang bersorak ketika Nora Danish naik ke pentas. Dia memang cantik malam itu dengan gaun serba putih.. Suara Anuar Zain memamg maintain unik seperti dulu. Tiada penyanyi kat Malaysia ni mampu ikut suara dia. Antara lagu yang dipersembahkan malam itu adelah lagu Keabadian Cinta,Semua Untukmu,Lelaki Ini, Cinta Harus Memiliki feat Dina(oim) Adibah Noor. Sempurnakan Aku adalah video klip special yang kali pertama ditayangkan untuk tontonan penonton dalam konsert itu. Ia kesinambungan lagu Ajari Aku. Selain itu ade lagu Perpisahan ost cinta. Lagu Mungkin yang video klip die kartun, ade juga lagu² lama die seperti Kain Pelekat dan ade yang aku sendiri tak pernah dengar.hehehe.. Lagu penutup malam itu adalah lagu Sedetik Lebih.. Semua penonton menjerit request lagu itu. Dan Anuar Zain tidak menghampakan penonton malam itu dengan lagu Sedetik Lebih ost Merong Mahawangsa..Mejoriti yang datang malam tu peminat perempuan.VVIP yang datang Ellina(yang nyanyi lagu raya zaman mereka kecik² dulu), Emak,Ayah Anuar Zain serta kakak kesayangan die Ziana Zain..
Alhamdulillah si dia pun enjoy lagu² Anuar Zain.. Die cakap tak tahu napa die sudi nak gi konsert tu sebab die tak la terlalu suke Anuar Zain.. Hehehe.. Tidak mengapalah awak asalkan awak enjoy and hapy malam tu..
Ok lah sampai sini dulu ye.. Aku doakan Anuar Zain terus berjaya dimasa akan datang dalam kerjaya seni dia.. Gud nyte semua..