Sunday, 8 February 2015

Tahun 2015

Assalamualaikum..

Hai.. Apa khabar semua?? Sudah lama aku tak menulis dalam ruangan ni.. Maaf la.. Tahun lepas banyak sangat suka duka yang berlaku dalam kehidupan aku.. Masih tak terlambat aku nak ucapkan selamat tahun baru. Semoga permulaan tahun ni memberi lebih banyak keseronokan dan kegembiraan untuk anda semua..

Permulaan tahun baru ni dalam kehidupan aku tidak lah sebaik orang lain. Dugaan pertama yang paling susah untuk aku tempuh ialah berkaitan perasaan dan hati. Mungkin orang kata ia mudah, tetapi bukan diri aku, Perkara lain aku boleh tempuh dengan lebih mudah berbanding perasaan. Pada hujung tahun lepas, perancangan semua nyer dilihat seperti akan memihak kepada hubungan kami. Tidak sangka beberapa minggu lepas semuanya berubah. Ini lah orang kata jika tiada restu dari kedua ibu bapa, kita cuba sebaik mana pun ia tidak akan berjaya.

Mungkin ini lah dugaan yang perlu aku hadapi. Ada hikmah semua ini berlaku. Walaupun keadaan hampir sama dengan sebelum ini, aku masih lagi susah untuk terima ketentuan ini. Mungkin kerana aku rasa sudah cuba lebih baik dari yang sebelum ini. Sudah berjumpa kedua-dua keluarga. Tetapi apakan daya, Perancangan Allah jauh lebih baik. Mungkin aku diberi peluang untuk merasai kebahagiaan ini untuk sementara. 

Aku mungkin akan ambil masa sedikit untuk merelakan ia terjadi. Ingat ye kawan-kawan, RESTU itu penting untuk memulakan sesebuah kehidupan berumah tangga. Walaupun kita terlalu sayangkan dia, tanpa restu keluarga,ia tidak akan menjamin kebahagiaan rumah tangga di masa hadapan.

"Ya Allah, redhakan lah hati hambaMU ini. Aku tidak kuat Ya Allah.. Tabahkan hati ku Ya Allah..Berilah aku petunjukMU agar aku lebih tenang Ya Allah.. Dan Engkau berilah dia kebahagiaan dunia dan akhirat Ya Allah.. Jauhkan hati kami dari berdendam. Hanya Engkau Maha Berkuasa,Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Ameen.."


4 April 2018

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Hope semua sihat bersama keluarga tercinta. Cukup sudah dua minggu dia tidak replay text aku. Nampak...