Wednesday, 25 June 2014

25 JUN 2014

Assalamualaikum semua..

Apa khabar?? Semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam rahmat Allah swt..

3 hari berlalu. Semua masih tegang. Perselisihan faham masih belum reda. Aku tak tahu kenapa aku terlalu emosi sedangkan aku dah tahu semuanya bakal berakhir. Mungkin aku belum benar-benar redha dengan ketentuan Illahi. Aku dah cuba pujuk hati ni tetapi ia masih kekal begitu. 

Adakah aku perlu ambik tindakan drastik??

 "YaAllah berilah hamba-MU ini kekuatan dan petunjuk-MU. Aku hamba yang lemah."

Ramadhan semakin hampir. Ia mengingatkan aku Ramadhan yang lalu. Ia permulaan sebuah kisah. Satu tahun berlalu dengan pelbagai dugaan dan halangan ditempuh bersama. Kenapa kali ini semuanya tidak kena?? Ada sahaja kesalan dan perselisihan berlaku. Adakah aku atau dia tidak jujur?? Adakah antara kami masih ada rahsia yang disembunyikan?? Entah la..

"Jika ini takdirnya dan Ramadhan ini pengakhiran kisah kami, aku redha Ya Allah.."

Aku sentiasa doakan kau bahagia dan berjaya. InsyaAllah selagi keluarga kau restu, kebahgiaan itu milik kau. 

Memang benar ia sesuatu yang sakit untuk ditempuhi. Akan tetapi setiap dugaan akan ada hikmah yang kita sendiri tidak tahu. Maybe 1 day we will realize that.


Wednesday, 18 June 2014

18 June 14

Assalamualaikum..

Apa khabar pembaca semua?? Semoga semua dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah swt.

Selamat petang. Cuaca sekarang panas. So aku nasihatkan semua menjaga kesihatan dan banyak minum air.

Sekarang aku sedang menghabiskan hari yang tidak sampai 3hari bersama si dia. Dia bakal menjadi tunangan orang tidak lama lagi. Begitulah ketentuan illahi. Jika bukan milik kita,sekuat mana pun usaha kita,ia tidak mungkin jadi milik kita. Aku redha. InsyaAllah akan ada yang lebih baik menanti. Memang sukar untuk menerima keadaan ni. Tetapi itu yang harus aku lalui. Aku doakan agar si dia akan sentiasa bahagia dengan pilihan keluarga dan aku hope bakal tunang dia akan menjaga dia dengan baik kerana dia memang baik.

Ok lah.. Aku pun hendak balik kampung. Kakak aku juga tidak sihat. Masih berada di hospital. Semoga dia pun cepat sembuh.


4 April 2018

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Hope semua sihat bersama keluarga tercinta. Cukup sudah dua minggu dia tidak replay text aku. Nampak...