Salam..Ape khabar semua?? Lame aku tak update cerita dalam blog nie.
Ini cerita kami pada akhir tahun 2013 yang lalu.. Memang kelakar time nak pergi bercuti tu. Last minit cari tempat dan hotel untuk menginap. We just ade 2 hari je untuk mencari dan buat keputusan samada hendak pergi bercuti or tidak. Kami buat keputusan ingin bercuti kerana ia minggu terakhir cuti persekolahan dan kebetulan ayah hendak datang kerumah. Saya,kakak dan abang ipar sibuk mecari hotel dan akhirnya kami dapat tempat untuk menginap hujung minggu itu. Semua hotel fully booked maklum la cuti sekolah. hehehe..
So akhirnya kami dapat tempat untuk bermalam just for two days. Tempat percutian kami tidak la jauh. Akan tetapi ia akan menjadi sebahagian memori terindah dalam kehidupan kami semua. Ia nya bertempat di Port Dickson Negeri Sembilan.. Kami pergi kesana dengan 2 biji kereta kerana barang-barang banyak nak bawa maklum la ade anak-anak buah kecil.
Kami semua tiba disana dalam pukul 3.30 petang. Terus bawa barang-barang naik kebilik dan berehat. Anak-anak buah saya tak mahu berehat,mereka ajak pergi mandi kolam. So saya pun terpaksa la teman. Walaupun penat,tetapi enjoy sangat. Dalam pukul 6.00 petang kami bergerak untuk makan malam di Medan Ikan Bakar Pasir Panjang Port Dickson. Kami dapat melihat matahari terbenam dari situ. Memang indah ciptaan Allah swt. Lepas makan malam kami ke Teluk Kemang batu 8 cari barang-barang cendera hati. Kebetulan malam itu malam akhir jualan-jualan yang diadakan disana. Selepas penat 'bershoping' kami semua balik untuk berehat. Esoknya perlukan tenaga untuk aktiviti pantai pula.



Pagi kami bangun dan terus bersiap untuk kepantai dalam pukul 9.00 pagi. Apartment kami tidak menyediakan sarapan. Kami keluar beli sarapan dan terus kepantai. Kami pergi ke Blue Lagoon untuk bermandi manda. Ayah nak sangat mandi laut.hehehe.. Sampai-sampai je anak buahku yang paling kecik nak beli mainan untuk bermain pasir yg dijual di kedai berhampiran. Lepas bersarapan Nasi Lemak Ayam, saya, ayah,anak-anak buahku dan abg ipar terus ke laut untuk bermandi manda dan bermain bola. Kakak saya?? Dia kene la jaga barang-brang kami..Nanti hilang lak.hehehe.. Lama juga kami bermandi manda.dari pukul 10.30 pagi sampai 12.00 tengah hari. Sunburn gak la kami. Lepas penat semua kami bersiap-siap untuk pulang. Tetapi sebelum pulang kene la kemas tempat kami dulu. Sape lak nak kemas kan.. Kebersihan kene la jaga bersama demi generasi akan datang. Sebelum kami balik ke apartment, kami singgah beli makanan tengah hari. Bawa balik bilik je.. Anak-anak buah saya sampai je kat aprtment terus ajak gi kolam lagi. Saya yang dah kepenatan kene la juga teman bersama abang ipar. Kali ini mandi sekejap je kerana anak buah saya yang kecik dah terlalu mengantuk. Kami naik dan terus siap-siap mandi dan makan tengah hari. Kami ade masa untuk berehat hingga pukul 4.00 petang.Dalam pukul 4.15petang kami pun pulang ke rumah setelah semua siap berkemas.

Itu sahaja nukilan percutian 'tiba-tiba' saya untuk pembaca semua. Nanti ade lagi saya akan update. Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa lagi..