Salam..
Adakah ini pengakhiran semuanya?? Jika ya,saya kene teruskan kehidupan ditahun yang baru ini. Rakan-rakan semua tolong doakan agar saya sentiasa tabah hadapi dugaan dari Yang Maha Esa..
Memang benar jika kehidupan tanpa restu kedua ibu bapa ia tidak akan mudah samada didunia mahupun diakhirat kelak. Jadi saya mengambil keputusan untuk turutkan sahaja walaupun jauh disudut hati tidak ingin berputus asa selagi belum berjuang hingga keakhirnya. Tapi tidak mengapalah. Saya tidak mahu 'dia' putuskan atau menjadi pergduhan antara 'dia' dan keluarga. Saya rela undur diri asalkan 'dia' bahagia dan mendapat redha Allah swt. Mungkin ini takdir kami. Allah lebih mengetahui. Ade hikmah disebalik semuanya..
Saya sentiasa doakan agar 'dia' berjaya dalam pelajaran dan seterusnya kehidpuan 'dia' yang mendatang. Saya tidak berdendam dengan sesiapa kerana siapa saya untuk buat keputusan sebegitu. Harap keluarga 'dia' akan berikan 'dia' yang terbaik. Saya tidak mahu pengorbanan saya menjadi sia-sia hendaknya. Tapi apa pun semuanya telah Allah tentukan sejak azali lagi..
Saya ingin mengingatkan rakan-rakan dan diri saya sendiri agar ape pun yang kita hendak lakukan atas muka bumi Allah ini,mintalah restu kedua ibu bapa kita kerana mereka yang melahirkan serta membesarkan kita. InsyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat..
Jumpe lagi..Take care..

No comments:
Post a Comment