Salam..
Selamat pagi semua. Aku tak boleh nak lelapkan mata. Fikiran aku agak bercelaru memikirkan tentang hal ni.
Aku dapat panggilan dari si dia memberitahu yang keluarganya telah bersetuju ingin melangsungkan pertunangan si dia dengan kekasih lamanya tanpa berbincang dengan si dia terlebih dahulu. Aku diberitahu yang si dia tidak tahu mahu cakap apa kepada keluarganya kerana keluarganya inginkan menantu yang dekat. Adakah aku ni penghalang kepada impian keluarganya?? Jika benar ini kebahagiaan yang si dia bakal kecapi,aku redha dengan ketentuan illahi. Bukan aku ingin menyerah. Tetapi aku selalu berfikir yang restu keluarga itu penting untuk kebahagian anak-anak.
Faktor kerjaku yang tidak menentu dalam keadaan ekonomi dunia sekarang menjadi penghalang aku ingin mempercepatkan segala urusan ini. Lagipun, si dia masih belajar dan dia memberitahu aku yang dia ingin menghabiskan pengajian dia dahulu sebelum menamatkan zaman bujang dia. Aku menghormati keputusan dia dan aku juga ade masa untuk mengukuhkan kewangan aku dalam 3 tahun ini.
Benar kata orang,kita hanya mampu merancang tetapi Allah menetukan segalanya. Sabarlah wahai hati. Jika si dia memang jodohku dunia akhirat,ia tidak akan kemana. Aku percaya dengan jodoh dan janji Allah swt. Aku masih ada masa kurang dari 2 bulan untuk aku buktikan sesuatu. InsyaAllah akan ada jalan.
Aku harap dia tabah mengharungi semua ini. Orang kata berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bersabarlah.. Setiap dugaan yang Allah beri akan ada hikmah disebaliknya. InsyaAllah..
Selamat berehat semua..
No comments:
Post a Comment