Friday, 12 September 2014

KEINDAHAN

Assalamualaikum..

Apa khabar semua pembaca?? Sudah lama aku tidak menulis dalam blog ni. Maaf kerana sekarang agak sibuk. 

Di sini tidak banyak aku ingin menulis malam ini. Susah untuk aku gambarkan semua ini.. Apa yang mampu aku buat hanya bersyukur kehadrat Illahi kerana memberi aku peluang untuk merasai kebahagiaan dan keindahan ini.. 

Sejak dia berada semakin hampir dengan diri ini, hubungan kami semakin bahagia. Aku dan dia semakin memahami diri masing-masing. In Syaa Allah kami akan menjaga batas-batas dan hubungan ini sebaik mungkin. Jika kami ditakdirkan memang berjodoh, kami ingin menghalalkan hubungan kami secepat yang mungkin. Diharapkan agar pembaca semua mendoakan agar niat kami ini menjadi kenyataan. Ameen..

Semoga pembaca semua sentiasa bahagia diluar sana. Setiap yang berlaku dalam kehidupan kita ada hikmah-NYA yang kita tidak ketahui. Jumpa lagi di lain masa. Selamat malam semua..


No comments:

Post a Comment

4 April 2018

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Hope semua sihat bersama keluarga tercinta. Cukup sudah dua minggu dia tidak replay text aku. Nampak...