Assalamualaikum...
Apa khabar semua pembaca?? Semoga dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Hari ni aku rasa agak sedih.. Entah la.. Mungkin kerana aku masih belum boleh terima perubahan yang sedang berlaku ini. Sebelum ini aku sentiasa rapat dengan dia.. Akan tetepi sekarang aku seperti tidak diperdulikan. Jika aku tidak memulakan perbualan or teguran, die akan terus menyepikan diri seperti aku ini tidak lagi penting dalam kehidupannya. Adakah aku ini hanya tempat persinggahan di saat dia memerlukan?? Entah la..
Aku tahu ia tidak mudah untuk lalui semua ini. Aku pun sebenarnya tidak faham apa yang sedang berlaku sekarang. Bila aku bertanya die hanya cakap "tiada apa-apa dan die seperti biasa". Akan tetapi aku dapat rasakan ia bukan seperti biasa yang aku lalui bersamanya dahulu. Die berkelakuan seperti aku tidak penting lagi. Tiada lagi massage di phone seperti dahulu. Tiada lagi penggilan telefon serta gelak tawa.
Aku masih disini kerana aku masih sayangkan die. Aku harap agar die mengerti. Jika die buat begini semata-mata ingin menjauhkan diri dari ku, aku harap die akan beritahu aku.. Aku harap die akan menghargai aku selagi aku masih disini. Aku tidak harap hubungan ini terputus ditengah jalan. Akan tetapi jika ini ketentuan-NYA, aku redha dan pasrah.
Dibulan Ramadhan yang mulia ini aku ingin mencari ketenangan diri. InsyaAllah aku akan dapat petunjuk dari-NYA..
Salam Ramadhan semua..
No comments:
Post a Comment