Thursday, 8 May 2014

8 May 2014

As Salam semua..

Selamat petang dan apa khabar semua pembaca?? Diharap semua dalam keadaan sihat sejahtera selalu.. Aku seperti biasa. Sometime ok and sometimes rasa keseorangan. Biasa la kehidupan. Tidak semestinya kita akan ade selalu diatasa. Bukan selalu akan gembira. Tetapi aku akan cuba juga buat semua orang keliling aku tenang dan bahagia jika berada disisiku. Aku nak semua happy walaupun kadang² aku tidak berjaya buat orang kelilingku happy.

Hari ni aku menunggu dia seperti selalu. Tetapi seperti sejak kebelakngan ni. Aku terus berharap. Tidak mengapalah asalkan dia sentiasa happy dan bahagia disana. Aku tahu dia sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman kerana tidak lama lagi ibunya hendak melakukan pembedahan. Aku doakan agar semuanya akan berjalan lancar nanti. Ameen..
Walaupun berat aku hendak lepaskan dia pulang ke kampung halaman tetapi aku kene berhadapan dengan situasi ini. Kepulangan dia ini ade dua perkara yang akan terjadi and maybe lebih. Tetapi apa yang aku tahu hanya dua sahaja. Yang pertama aku tidak kisah tetapi hanya perkara kedua yang aku kene cukup kuat untuk hadapinya. Tidak mengapalah.. Ini semua takdir Allah swt. InsyaAllah ade hikmah-NYA. Aku sentiasa doakan agar die selamat, bahagia, dan berjaya dunia dan akhirat.. Ameen..
Aku rasa die tahu perkara yang kedua yang aku risaukan. Aku tahu juga dia dapat rasa pe yang aku sedang lalui dan hadapi sekarang kerana dia pun sedang hadapinya. Tetapi aku just tidak tahu adakah semua perasaan itu masih sama atau pun sudah berubah kerana kami semakin jauh. aku cuba rapat seperti biasa just aku tiada peluang seperti dahulu. Mungkin juga ini demi kebaikan diri dia agar dia tidak akan terlalu sakit nanti. Aku mungkin sudah lalui pelbagai dugaan selama ini dan dia pula baru pertama kali. Aku tahu dia sangat baik sampai aku rasa aku tidak layak untuknya. Tetapi hati dan perasaan tidak dapat aku nak halang. Aku terus juga mencuba dan berharap. Kuasa Yang Maha Esa kita tidak dapat menghalang. Walaupun kita cuba sedaya upaya kita, jika bukan milik kita, kita tidak akan dapat.
Aku just nak dia tahu dia memang baik untukku. Dan dia ada selalu dalam doaku.

Take care everyboday..Love u all..





No comments:

Post a Comment

4 April 2018

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Hope semua sihat bersama keluarga tercinta. Cukup sudah dua minggu dia tidak replay text aku. Nampak...