Friday, 17 June 2011

Seronok dan Geram !!!

Hye..

Pe khabar sumer?? Aku baru jer balik dari Shah Alam. Aku gi jogging petang tadi kat pusat sukan. Dalam kul 7.00 lebih aku balik dan solat Maghrib kat umah kawan aku sume. Mak die ajak makan dulu sebelum kite orang kuar balik. Mak die masak pucuk paku Masak Lomak cili api yang dimasak sekali dengan Sardin dalam tin. Sedap wey. Korang nnt leh try. Pertama kali aku makan. HAHAHA... Mak die siap sediakan air favourite aku. Teh-O Ais Limau. Thanks Makcik.. Makcik memang baik. :-)

So dah makan tu kite orang pun kuar gi tengok wayang citer GREEN LANTERN. Seronok gak citer tu. Kelakar pun ade. Aku suka coz cite nie banyak main dengan imaginasi zaman aku budak² dulu. Kuasa yang die ade akan kuar sama dengan ape yang die imaginasikan. Contoh klu die dah bertukar jadi hijau tu die imaginasi nak kuarkan pedang, pedang akan muncul. So agak seronok la. Cite dlm 1 jam 55 minit. Rating aku bagi 4 bintang dari 5.

Lepas abih citer tu dalam kul 11 malam, aku hantar kawan aku balik dan terus balik Seremban. Aku balik la ikut jalan biasa. Highway Elite. Haaa... Kat cini bermula citer kurang seronok aku. Dalam perjalanan dari Tol Batu Tiga Shah Alam sampai ke Hentian Dengkil sumer nyer ok. Aku maintain lane tengah. Takde la ak drive laju pun dalam 100 ke 110km/h je. Dah nak hampir Exit KLIA / SEPANG tiba-tiba aku di kejutkan dengan lampu yang kuat dari arah belakang yang dah semakin hampir dalam kelajuan yang agak tinggi aku kira.cepat² aku ke tepi. Rupa² nyer tu lori. Aku ingatkn bas ekspress. Aku cuba ikut lori tu coz aku rasa sangat laju. Aku kejar dalam 140km/h. Aku try call LPKP nak wat aduan. Malang sungguh aku try call banyak kali asyik line busy jer. Aku ikut jer la lori tu. Dalam masa yang sama aku try call lg. Kebetulan lori tu menghala ke selatan gak. Aku terus follow.

Hati aku makin panas coz pemandu lori tu memotong dengan berbahaya. Pemandu tu cuba memotong sebuah lori kat depan die dan die masuk antar bas ekspress dan kereta. Sangat rapat bas dan kereta depan bas tu. Kereta 2 cepat² masuk lorong kiri untuk elakkn kemalangan selepas memotong lori sebelah die. Kalau aku kat tempat pemandu kereta tu pun aku akan ambil tindakan yang sama. Aku masih mencuba nak call LPKP. Tp still xdapat. So hati ni makin panas dibuat nyer. Aku hanya mampu tengok pe yang berlaku tp xleh wat pe². Pemandu lori tu masih bawak secara merbahaya. Pertama kali aku terasa sangat marah dengan pemandu kenderaan. Sampai aku leh hafal no pendaftaran lori tu. AHA96**. Last² sampai Seremban aku xdapat call LPKL nak wat aduan. Pihak LPKP patut naik tarafkan lagi perkhidmatan coz orang akan lebih suka call dan cakap pasal aduan mereka dari SMS or cakap dengan mesin. Perkara² macam nie perlu diambil berat kerana ia akan melibatkan pengguna jalan raya yang lain. Jika tiada pihak yang dapat ambil tindakan pemandu² yang macam ini yang akan melibatkan kemalangan. Hope selepas ini pihak yang terlibat akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Malam ini aku rasa akan menjadi malam yang seronok jika tiada perkara macam ini terjadi.

Selamat malam.

Jumpe lagi..

2 comments:

4 April 2018

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Hope semua sihat bersama keluarga tercinta. Cukup sudah dua minggu dia tidak replay text aku. Nampak...